top of page

>>>Terma & syarat penginapan di Homestay As Syifa Changlun <<<

 

1. SIJIL/KAD NIKAH perlu ditunjukkan bagi penyewa yang datang berpasangan. DILARANG keras berdua-duaan bagi pasangan bukan muhrim sepanjang penginapan di homestay.

2.  DILARANG membawa masuk sebarang minuman keras / memabukkan / tidak halal ke dalam homestay.

3.  DILARANG membawa masuk binatang peliharaan seperti kucing/anjing bagi menjaga kebersihan homestay.

4.  DILARANG membuat bising / memainkan muzik terlalu kuat terutamanya pada waktu malam sehingga boleh mengganggu kawasan kejiranan.

5.  DILARANG melakukan sebarang perlakuan jenayah seperti perjudian, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

6.  SEGALA kelengkapan rumah/perabot hendaklah dijaga dengan baik sepanjang tempoh penyewa berada di homestay

7. TIDAK DIBENARKAN membawa keluar segala kelengkapan/peralatan yang terdapat di dalam homestay tanpa kebenaran pihak kami.

8. JIKA terdapat sebarang kerosakan /kehilangan (kelengkapan/peralatan rumah) berlaku,  pihak kami berhak menuntut bayaran GANTI RUGI atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

9. SILA PASTIKAN semua pintu dan tingkap dikunci/ditutup semasa anda tidur atau keluar.

10. KUNCI homestay yang HILANG akan dikenakan bayaran sebanyak RM 80.00.

11. MEMBUAT kunci pendua (duplicate key) tanpa pengetahuan/kebenaran pihak kami adalah satu jenayah & DILARANG sama sekali.

12. SILA BUANG SEMUA bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.

13. BAGI TUJUAN KESELAMATAN, merokok adalah dilarang sama sekali semasa anda berada di dalam homestay.

14. DILARANG memaku @ menconteng dinding di dalam atau di luar homestay.

15. SILA PASTIKAN SEMUA barang dan peralatan diletakkan di tempat asal sebelum anda mendaftar keluar.

16. SILA PASTIKAN SEMUA suis termasuk kipas / lampu /air-cond ditutup setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

17. SEGALA KEHILANGAN barang peribadi, kemalangan dan keselamatan tetamu adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab tetamu sendiri. Pemilik homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kelalaian pihak tetamu.

18. MASA check in adalah jam 2 petang dan check out adalah jam 12 tengah hari. Check out lewat adalah atas BUDI BICARA pihak homestay. Maklumkan pada pihak homestay jika ingin check out lewat. Masa maksimum yang boleh dibenarkan untuk check out adalah sehingga pukul 2 petang. 

19. Pihak Homestay Seri Belimbing mempunyai polisi pengambilan safety deposit. Tujuan pengambilan safety deposit ini adalah utk memastikan segala perabot/alatan dalam homestay berada dlm keadaan baik semasa anda menginap di sini. Sekiranya tiada apa-apa masalah, safety deposit ini akan diserahkan semula kepada anda selepas check out.

20. Bagi pembatalan booking homestay, deposit akan dipulangkan dengan kadar seperti berikut:
(a) 15 hari sebelum check in - 100% deposit dipulangkan
(b) 10 hari sebelum check in - 50% dipulangkan
(c) Tiada deposit akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat kurang dari syarat (b).

Terima kasih kerana memilih Homestay As Syifa Changlun sebagai pilihan penginapan keluarga anda. Pihak kami mendoakan supaya segala urusan anda dipermudahkanNya sepanjang berada di homestay kami.

 

Hubungi Kami


Homestay As Syifa
No.305, Jalan Resak 4,
Taman Resak 2,
06100 JChanglun, 
Kedah Darul Aman
Talian Telefon/whatsapp/SMS: 019-4340388
Emel : homestayassyifachanglun1@gmail.com
 

  • Facebook Black Round
  • Twitter Black Round
  • Instagram - Black Circle
bottom of page